Oleh: Abu Ayyub Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Soalan ini perlu dijawab oleh setiap orang yang mengaku sebagai muslim.Malah soalan ini merupakan soalan yang pertama akan ditanya di dalam kubur kelak,sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari al-Barra` bin `Azib radiallahu`anhu berkenaan kedatangan dua malaikat yang akan bertanya kepada jasad si mati di dalam kubur dengan pertanyaan:
مَنْ رَبُّكَ وَمَا دِينُكَ وَمَنْ نَبِيُّكَ
Siapakah Rabbmu ?, apakah Agamamu? dan siapakah Nabimu?[2]Untuk lulus peperiksaan yang agung ini dan untuk berjaya menjawab ketiga-tiga soalan ini hendaklah melalui pengajian
[3] dan memahaminya secara betul.Iaitu apa yang difahami oleh Rasulullah
sallallahu`alaihiwasallam,para Sahabat
radiallahu`anhum ajmai`n dan para Imam Salaf as-Soleh dan ulama`
yang muktabar dan bukan memahaminya melalui akal,pendapat atau teori ahli kalam atau falsafah.
Bagaimana Mengenal Allah Subhanahuwata`ala ?Untuk mengenal Allah maka seharusnya kita merujuk kepada kalamNya iaitulah al-Quran dan juga utusan rasmi yang diutuskanNya iaitulah Nabi Muhammad sallallahu`alahiwasallam sebagai penafsir kepada al-Quran.Sudah pastinya cara ini merupakan cara yang paling benar dan selamat kerana Allah
Ta`ala sendiri lebih mengenali ZatNya sendiri dan sifat-sifatNya,manakala dikalangan makhlukNya sudah tentulah Nabi Muhammad
sallallahu`alaihiwasallam adalah yang paling mengetahui tentang RabbNya kerana wahyu turun kepadanya dan dialah yang menyampaikan al-Quran.
Allah subhanahuwata`ala mempunyai sifat-sifat dan nama.Dia mempunyai Zat.Dia boleh melakukan dan membuat apa-apa saja dan bila-bila saja apa yang Dia kehendaki.
Allah subhanahuwata`ala mempunyai Sifat yang paling sempurna dan :
1) Dia bukan seperti makhluk
2) Tiada makhluk yang serupa dengannNya.
3) Dan tiada seorang pun yang setara denganNya.
Firman Allah subhanahuwata`ala:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.[4]Firman Allah ta`ala lagi dalam menjelaskan sifatNya:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".[5]Apabila kita membaca ayat ini kita mendapati bahawasanya Allah subhanahuwata`ala itu:
1) Esa (satu) dan dia tidak berbilang-bilang.
2) KepadaNyalah segala makhluk bergantung dan berhajat sedangkan Allah jalla wa`ala tidak berhajat kepada sesiapapun.
3) Dia tidak beranak,tidak diperanakkan dan tidak mempunyai keturunan.
4) Tiada sesuatupun yang setara denganNya.
Allah mempunyai sifat Zatiyyah dan sifat Fi`liyyah(perbuatan) dalam Tauhid Rububiyah.
Sifat Zatnya azali tidak ada permulaan atau kesudahanSifat Zat Allah seperti Ilmu,Qudrah,Hidup,Iradah dan lain-lain.Maksud azali ialah Allah tidak disifatkan jahil sebelum berilmu dan sifat ilmu adalah kekal selama-lamanya.Allah wujud, dan wujudNya tiada permulaan dan tiada kesudahan.Firman Allah ta`ala dalam surah al-Hadid ayat 3:
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآَخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌDialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
Sifat Fi`iliyyah( Perbuatan) Allah subhanahuwata`ala.
Sifat Fi`liyyah adalah sifat yang terikat dengan masyiah(kehendak) Allah jalla wa`ala seperti istiwa` di atas `Arsy dan Nuzul( turun) ke langit dunia.ataupun datang pada hari Kiamat.
[6]Daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُRabb kita tabarakawata`ala turun ke langit dunia setiap malam setelah tinggal satu pertiga akhir malam lalu berfirman: “ Barangsiapa yang berdoa kepadaKu nescaya aku perkenankan, Barangsiapa yang meminta kepadaKu nescaya aku berikan,Barangsiapa yang memohon keampunan kepadaKu nescaya Aku akan ampunkan[7].
Manakala sifat Allah yang datang pada hari kiamat disebutkan dalam firmanNya:
وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّاdan datanglah Tuhanmu; sedang malaikat berbaris-baris.[8]Begitu jugalah sifat-sifat yang lain seperti Allah ketawa,marah,suka,redha dan sebagainya.
[9]Semua sifat-sifat ini Allah melakukannya apabila Dia berkehendak.
Antara sifat zat ada yang dinamakan sifat maknawi.Sifat itu ditetapkan oleh nas Al-Quran dan As-Sunnah.Juga ia dipersetujui oleh akal.Akal mengesahkannya,Ia tidak bertentangan dengan akal.Umpamanya sifat ilmu dan qudrah.Qudrah dan ilmu adalah sifat zat maknawi.Dari segi akal kita boleh mengambil kesimpulan bahawa Allah sebagai pencipta tentulah mempunyai ilmu dan qudrah.Allah Ta`ala berfirman:
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana[10]وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌKepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
[11]As-Sunnah mengesahkan(ithbat) sifat Rububiyah( pencipta) bagi Allah subhanahuwata`ala melalui tadabbur(berfikir dan melihat) apa yang ada di hadapan mata kita seperti:
1) Keindahan dan kecantikan alam sekeliling kita.
2) Keajaiban tubuh badan manusia.
3) Kesan-kesan peninggalan orang-orang terdahulu di muka bumi
4) Kajian-kajian sains dalam bidang astronomi,atom,botani,alam sekitar,kimia,zoology,fizik,geologi dan lain-lain.
Firman Allah Subhanahuwa`Ta`ala:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآَيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِSesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,[12]Firman Allah Subhanahuwa`Ta`ala:
فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).[13]سَنُرِيهِمْ آَيَاتِنَا فِي الْآَفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur'an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?[14]Lihatlah kesan piramid Firaun di Mesir yang mendustakan Nabi Musa
`alaihissalam.Kesan rumah dipahat dari gunung-gunung di Madain Soleh di Jordan oleh Kaum Thamud dan bangunan kubur(Taj Mahal) bagi isteri seorang raja di India.Kisah-kisah ini boleh dimanfaatkan bagi mereka yang berfikir.
Semuanya membuktikan tanda kekuasaan Allah
Jalla wa `Ala yang mentadbir undang-undangNya di alam semesta yang teratur dengan adil dan tersusun dengan rapi.Ia bukan undang-undang tabi`e terwujud dengan sendiri seperti yang dimomokan oleh teori evolusi.
Ahli Sunnah menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan As-Sunnah untuk menetapkan(ithbatkan) kewujudan Allah Subhanahuwa`Ta`ala.Yang menjadi masalah besar dan perpecahan di kalangan umat Islam sejak abad ke tiga adalah kekeliruan yang dimasukkan oleh para pendokong ahli Kalam dalam `Akidah umat Islam.Mereka mengithbatkan “ pencipta” dengan menggunakan gaya mantiq(bahasa) ahli Falsafah Yunani seperti :
Pencipta adalah qadim azali.
Sifat-sifat qadim (bagi Pencipta) adalah diasaskan (mengikut ilmu Kalam) seperti berikut:
1) Dia bukan benda (bukan Jauhar)
2) Dia tidak mempunyai sifat yang berdiri dengan sendiri (Bukan Arad)
3) Dia tidak berjisim (bukan badan)
4) Dia tidak mempunyai arah( Bukan berarah)
5) Dia bukan tempat atau mengisi tempat( Bukan bertempat)
6) Dia berlainan dengan sifat yang baru ( mukhalafatuhu lil hawadith)
Kesemua sifat-sifat tersebut adalah sifat salbiyah.Ia diambil dari istilah metafizika Yunani yang diajar oleh Ustaz Abu Nicomachus
Aristotle Al-Macodone al-Yunani
[15], bukan dari al-Quran dan As-Sunnah dan kefahaman Para Sahabat.
Melalui mantiq metafizika Yunani ahli Kalam membuat kesimpulan bahawa Allah bukan tiada tetapi bukan ada (
لا موجود ولا معدوم).Dia bukan di dalam dan Dia bukan di luar.Dia bukan di atas dan Dia bukan di bawah.Mengguna sifat yang berlawanan seperti ini menyusah dan memenatkan akal kita untuk mengetahui siapa Allah?. Juga apabila ditanya di mana Allah?. Jawapannya menurut ilmu metafizika Yunani ialah Allah tidak bertempat!
[16].Jawapan mereka ini(ahli kalam) jelas berbelit-belit,benarlah kata-kata Abdullah Ibn al-Mubarak:
"Agama itu bagi ahli hadith,percakapan dan putar belit untuk ahli falsafah dan pembohongan untuk syiah."Apabila kita melihat perbahasan ahli kalam dan juga jawapan yang mereka katakan itu jelas ianya menyilisihi:
1) Jawapan dari Al-Quran dan As-Sunnah
2) Jawapan dari Para Sahabat radiallahu`anhum
3) Jawapan keempat-empat Imam Mazhab
4) Jawapan Imam-Imam Hadith dan ulama`-ulama` muktabar yang lain.
Allah Ta`ala sendiri mengkhabarkan kepada kita bahwa Dia berada di atas langit dan beristiwa` di atas `ArsyNya.Kerana Allah Ta`ala telah berfirman:
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُApakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?,
[17]Allah Ta`ala telah berfirman :
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang beristiwa` di atas 'Arsy.
[18]Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:
أَلَا تَأْمَنُونِي وَأَنَا أَمِينُ مَنْ فِي السَّمَاءِ يَأْتِينِي خَبَرُ السَّمَاءِ صَبَاحًا وَمَسَاءًTidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku di percayai oleh yang di Langit ( Allah) yang mendatangkan kepadaku khabar(berita) dari langit(wahyu) pagi dan petang.
[19].
Saya(penulis) berkata: “ Mengapa umat Islam hari ini tidak mahu mempercayai apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan lebih mempercayai tokoh-tokoh falsafah dan ahli kalam tentang masalah akidah mereka?, sedangkan baginda merupakan utusan Allah dan juga kepercayaan Allah yang berada di atas langit.”
Menurut Allah Ta`la sendiri Dia beristiwa` di atas ArsyNya, Iaitu Zat Allah adalah di atas `ArsyNya sesuai dengan keagunganNya.Allah Ta`ala tidak pernah mensifakan DiriNya dengan perkataan Istawla( menguasai) malah Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam tidak pernah mentakwil
[20] ayat tersebut kepada istawla(menguasai),begitu juga para Sahabat radiallahu`anhum ajma`in, anak-anak murid mereka,para Imam yang empat dan juga ulama-ulama yang mengikuti mereka dengan baik.Jawapan inilah lebih selamat kerana kita diperintahkan agar tidak membuat kenyataan tanpa ilmu kerana berkata tentang Allah tanpa `ilmu merupakan sebahagian dari langkah-langkah syaitan untuk menyesatkan manusia.Allah Ta`ala berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلالا طَيِّبًا وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ () إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَHai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.
[21]Firman Allah Ta`ala lagi:
قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالْإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَنْ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَKatakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui"
[22]Yang sebenarnya musuh-musuh Islam telah menggunakan metafizika Yunani (ilmu falsafah@kalam) untuk memalingkan umat Islam dari al-Quran dan As-Sunnah serta kefahaman Salaf as-Soleh
[23].Mereka sudah berjaya menyesatkan umat Islam dengan ilmu kalam ini apabila dengan sendirinya sama ada sedar atau tidak sedar Metafizik Yunani yang digelar umat Islam sebagai ilmu kalam telah mengakui bahawa Allah sebagai pencipta
tidak ada dan tidak wujud.
Malah mereka juga mendakwa bahawa para Rasul berbohong dan merupakan pengkhianat kerana tidak menjelaskan akidah ini sejelas-jelasnya sehingga terpaksa mereka menggunakan ilmu kalam.Persoalannya mengapakah pemuja-pemuja Ahli Kalam (yang sangat marah apabila ada segolongan umat yang mengkritik manhaj mereka) mendahulukan perkataan Aristotle sedangkan kita mempunyai Nabi yang telah menjelaskan kepada kita berkenaan siapa Allah yang sebenarnya.
Persoalannya kembali kepada rukun Iman yang pertama iaitu kita perlu beriman dengan Allah Ta`ala dan RasulNya.
18 Syawal 1430H
[1] Artikel ini merupakan olahan dari penulis dari artikel asal Dr Sulaiman Noordin hafizahullah dengan judul yang sama namun penulis menambah beberapa tambahan berupa ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam dan juga dari kesimpulan penulis semasa menghadiri kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Dr Sulaiman.
[2] HR Abu Daud no:4127,Ibn Majah no:4259, Ahmad no:17803,17837 ,al-Baghawi dalam Syarhussunnah 3/82 .Rujuk Shahih Sunan Abi Daud no:4753 dan Shahih Sunan Ibn Majah no:4077.
[3][3] Antara kitab yang bagus untuk dipelajari dalam masalah asas ini ialah kitab Ushulutsalatsah karya Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab at-Tamimi rahimahullah.Kitab ini membahaskan tentang mengenal Allah,mengenal NabiNya dan mengenal agama Islam dengan dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah.Silalah merujuknya.
[4] As-Syuura, 42:11
[5] Al-Ikhlas 112:1-4
[6] Yazid bin Abdul Qadir Jawwas, Syarah `Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, hlm 167, Pustaka Imam Asy-Syafi`i
[7] HR Bukhari no:5846
بَاب الدُّعَاءِ نِصْفَ اللَّيْلِ dalam Bab Doa pada Pertengahan Malam, Muslim no:1261 dalam bab
الترغيب في الدعاء والذكر في آخر اليل والإجابة فيه Galakkan berdoa dan berzikir pada akhir malam dan Mustajabnya waktu tersebut.
[8] Al-Fajr, 89:22
[9] Sila rujuk Syarah At-Thohawiyah fi `Aqidah as-Salafiyyah oleh Ibn Abil `Izz al-Hanafi, Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Maktabah ar-Riyadh al-Hadithah,Riyadh dan juga kitab Fathul Majid Syarh Kitab Tauhid dan kitab-kitab `Akidah Ahli Sunnah wal Jama`ah..
[10]Al-Insaan 76:30
[11] Ali-Imraan 3:189
[12] Ali-Imraan 3:190
[13] An-Nahl 16:36
[14] Fushilat 41:53
[15] Gelaran ini diberikan kepada Aristotle (bapa falsafah) oleh guru penulis Dr Sulaiman Noordin
Hafizahullah yang mana kebanyakan umat Islam hari ini menjadikan beliau sebagai panutan dalam masalah akidah sedangkan beliau seorang yang kafir mulhid.
[16] Perkataan ini merupakan perkataan bid`ah yang dilarang oleh agama.Malah bercanggah dengan nas al-Quran, As-Sunnah dan juga Ijma` kaum muslimin sepakat mengatakan Allah di atas langit.Sesiapa yang menyalahi Ijma` maka dia telah Kafir.Wal`iyazubillah min zalik.
[17] Al-Mulk 67:16.Ayat lain dalam al-Quran yang mengithbatkan keberadaanNya di atas langit ialah surah Fathir ,35:10, An-Nisa` 4:158, Ali-Imraan 3:55, An-Nahl 16:50
[18] Thaha 20:5
[19] HR Bukhari no:4004 dari Sahabat Abi Sa`id al-Khudri radiallahu`anhu.
[20] Untuk mengetahui hakikat kebatilan takwil ayat-ayat sifat, Sila rujuk As-Shawa`iq al-Mursalah karya Ibnul Qayyim al-Jauziah.
[21] Al-Baqarah 2: 168-169
[22] Al-`Araf 7:33
[23] Silalah membaca dan mengkaji kitab
Dar`u Ta`arudh al-`Aql wa an-Naql, karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah
rahimahullah sebanyak 10 jilid yang merupakan jawapan tuntas menolak kepada syubhat dan persoalan ilmu kalam,falsafah.